Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum para pembaca..subhanallah lama sudah kan jannah tak update disini..hampir 3 minggu jannah menyepi disini..macam2 telah berlaku dalam minggu ini termasuklah imtihan midsem..Alhamdulillah mungkin itu salah satu asbab jannah tak sempat nak update disini..Ala kulli hal jannah akan cuba recap satu persatu sepanjang apa yang telah berlaku..hihi..supaya ingatan dan kenangan akan jannah abadikan dsini...InsyaaAllah..
Pertamanya,jannah akan sambung kisah jannah sepanjang hampir satu hari berada di irbid hari itu..setelah selesainya program SUKMAJ malamnya,jannah menumpang rumah kawan2 jannah yang sama di bawah yayasan YT..alhamdulilllah mereka sudi memberi jannah menginap satu hari di rumah mereka..Esok paginya mereka bawa jannah makan di kedai sewakktu sarapan..MasyaaAllah sedap sangat makanannya..next time harus repeat lagi disini bawa housemate sekali..hihi..
19.11.2023
pemandangan dari rumah kawan2 YT
MasyaaAllah cantik sangat!
Arafa Restaurant..
1000/10
Jannah punya kalut nak naik taxi,jannah takk sempat pun nak bayar bahagikan dekat diorang..allahu rasa bersalah sangat..dalam taxi baru terimgat tak bayar lagi..mesej farah dia kata diorang memang niat belanja..allahu..terharu lah kite..Jazakunnallah kheir adik2 dentist dan medic..
inilah adik2 kesayangan saya..Ada rezki korang pula ya datang amman..jannah pula belanja korang makan ya..hihi..
Memandangkan mereka semua ada kelas selepasnya maka jannah berpisah disitu..jannah naik taxi sendirian..huhu..walaupun mula2 nya jannah agak takut..tapi jannah dah tekad untuk ziarah juga ummu qusoi..haaa..siapa ummu qusoi ni ya?..ummu quspi adalah tuan rumah atau sohibah syuqqah sewaktu family jannah menetap di Jordan suatu dahulu..Baiknya ummu qusoi ini usah diceritakan lah ya..gembiranya dia lepas dia dapat tahu jannah melanjutkan pelajaran di Jordan..setiap hari pasti ada zikir atau kata2 yang dimesejnya melalui whatsapp..MasyaaAllah..jannah sengaja tidak memeberitahunya jannah akan ke rumahnya..hihi..nak buat surprise kan..
Walaupun ingatan jannah samar2 juga lah akan kawasan perumahannya ..namun jannah serahkan semuanya pada Allah..Alhamdulillah dengan bantuan ummi(call ummi tanya nama kawasan) dan pakcik taxi..jannah sampai juga di imarah atau bangunan ummu qusoi..Allahu..sebak di hati ini usah dikatalah..jannah tidak sangka sangat Allah rezekikan lagi jannah untuk datang ke bumi barakah ini..setelah 10 tahun..jannah kembali lagi ke sini..banyak yang dah berubah di kawasan ini..
 |
| Pagar Rumah Ummu Qusoi |
Ringkas cerita jannah ingatkan nak terus masuk ke pintu ummu qusoi tapi jannah tak sangka sekarang dah ada pagar tinggi di depan bangunan itu..hahaha..hanya orang yang ada kunci atau orang di dalam boleh membukanya..maka terpaksalah jannah call dia..hehehe..terkejut dia jannah kata jannah ada di depan pintu..(time ni debar juga takut ummu qusoi tiada di rumah)..Alhamdulillah lama kami berpelukan..menitik juga lah air mata ini..sebak sangat..walhal jannah sendiri pun tak tahu kenapa..
Lama juga kami bersembang..siap jemput jannah sarapan lagi untuk kali kedua pula ya..hahaha..macam2 hikayat ummi qusoi recap sewaktu jannah kecil..Allahu..katanya Ayyamul qodim jamil jiddan..maksudnya Kenangan dahulu atau hari2 dahulu best sangat..pendek cerita,jannah ada cerita tentang kehidupan jannah sepanjang jannah di amman..jannah kata jannah minat sangat makanan arab..jannah teringat masakan ummu qusoi yang dipanggil mulukhiyyah(antara makanan kegemaran ummi juga)...dan tak sangka ummu qusoi ajak buat sama2..katanya sebab sepanjang jannah datang jordan balik..jannah tak pernah rasa lagi..masyaaAllah terharu rasanya..semoga ummu qusoi dan abu qusoi sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat2 sentiasa..
 |
Inilah mulukhiyyah yang boleh dimakan bersama nasi atau roti.. Selepas ummu qusoi tahu safiyyah akan teman jannah ke stesen bas..ummu qusoi jemput dia rasa juga mulukhiyyah..Alhamdulillah safiyyah pun suka..licin kami kongsi makan..lazizz jiddan.. Kebetulan juga kan rumah safiyyah bersebelahan sahaja dengan bangunan ummu qusoi..kecik sahaja dunia ni kan...
|
Selesai makan jannah dan safiyyah minta diri..kami naik uber untuk ke jamiah kerana hujan ketika itu..
 |
Inilah Ummu Qusoi..semoga sihat selalu ya ummu qusoi..
|
 |
Ini pula kawan jannah sewaktu jannah masih kecil..Afnan namanya...family dia pun baik sangat dengan family jannah sewaktu kami di jordan dahulu..jannah belum berkesempatan lagi untuk jumpa family mereka..tapi rezeki dapat jumpa anak bongsu mereka..walaupun satu tahun muda daripada jannah..tapi afnan sangat tinggui ya berbanding jannah..hahaha.. MasyaaAllah..teringat waktu kecil kami bermain bersama sama..10 tahun sudah pun berlalu..afnan juga student tahun 1 di yarmouk..
|

Inilah safiyyah (ex schoolmate al amin)..Terima kasih tau safiyyah sudi teman saya sampai ke stesen bas..sanggup teman redah hujan dan basah sama2..huhu..
Sepanjang jannah dalam bas..jannah rasa nervous campur debar juga..yelahkan firstime naik bas sorang2 ..hihihi..tapi jannah tak menyesal pun sebab sangat2 berbaloi..Alhamdulillah..sepanjang jannah dalam bas,jannah bersembang dengan ummi menceritakan hikayat2 jannah di irbid..hihihi..hampir sejam rasanya bersembang sehinggalah sampai ke destinasi..
Malam pun sudah menjekma waktu itu,huja rahmat juga turun dengan deras..sementara menunggu uber..badan dan baju janna habis basah lencun..huhu..takut juga ketika ini sebab orang2 arab tengok pelik..hahaha..ujian sungguh lah ya..order uber...ubernya tak jumpa kita dimana..dia reject kita..pasrah betul time ni..terus berhentikan je taxi..kita sebut destinasi ..pakcik tu kat adia tak boleh hantar ke situ..allahu..macam2 betul ya..keluar balik dari taxi dan tawakkal je waktu ni..jannah jalan kedepan lintas jalan sikit dan panggil taxi..Alhamdulillah sampai juga rumah walaupun mula2nya tak tahu nak bagitahu destinasi secara detail macam mana..last2 jannah bagi dia ikut location ikut telefon..Alhamdulillah pakcik taxi baik dan ikut sahaja..sampai di rumah kesejukan sangat..huhu..
Sampai sahaja rumah terus tukar baju,solat,makan dan cerita kejadian kepada ummi..hehehe..Alhamdulillah selamat perjalanan jannah ke irbid ya..Bnayak pengalaman yang jannah dapat...Sekian itu sahaja hikayat jannah ke irbid..Maassalamah..
LoveFromAmman
RinduFamily
FreePalestine