Jordan

Selasa, 31 Oktober 2023

MUHADARAH


    Bismillah walhandulillah…Assalamualaikum semua..entri kali ini jannah akan menceritakan tentang kisah muhadarah(kehadiran) jannah ke jamiah semalam..panjang perjalanan luas juga pengetahuan..

Seawal 9 pagi lebih jannah bertolak ke jamiah (jalan kaki) bersama Filzah..perjalanan antara rumah kami ke jamiah memakan masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki..maka sampailah kami ke tempat kuliah bagi madah pertama iaitu nahu..kelas nahu kali ini jannah agak tak berapa faham sedikit..mungkin asbab jannah tak buat murajaah terlebih dahulu untuk tajuk yang akan dipelajari..

Bagi kelas nahu,jannah mempunyai seorang rakan kelas arab yang bermama Zeina..Zeina merupakan seorang yang cacat penglihatannya namun hati dan akal sangat celik.MasyaaAllah..sejak daripada waktu pertama kali muhadrah, jannah telah pun tertarik akan perwatakan dan kecerdasannya bagi madah nahu..setiap persoalan dukturah mampu dijawabnya dengan sangat detail dan betul..hatta dukturah sendiri banyak memuji dan kagum akannya..Subhanallah dalam jannah tidak sedar..dikala orang lain diuji dengan ketidaksempurnaan fizikalnya namun mampu untuk capai ke tahap itu dan semangat dalam menimba ilmu...bahkan  jannah sendiri yang diberi nikmat Allah taala untuk melihat tidak setekun dan sehebat beliau..”Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kemudian kelas diteruskan lagi bagi madah kedua iaitu falsafah..Subhanallah..pengalaman yang takkan dilupakan..duktur(lelaki) jannah banyak bercakap menggunakan loghat ammiyyah(bahasa pasar)..maka terkebil kebil juga lah kami sebagai malizi ini untuk menghadam isi madah tersebut..tetapi jannah mengambil insiatif untuk merakam sahaja dan akan mendengar kembali pada waktu lapang untuk memahaminya..Semoga hurul jannah tidak mudah putus asa InsyaaAllah..cabaran belajar di negara orang salah satunya adalah perbezaan bahasa ..Tetapi jannah menganggap ini merupakan perkara biasa untuk permulaan dan pelajar bahahru..insyaaAllah akan terbiasa suatu masa nanti..

Selesai untuk madah kedua..kami diberikan waktu rehat selama satu jam setengah..setelah solat zohor kami bercadang untuk makan di restoran nur malizi..Restoran ini menyediakan juadah dan menu2 Malaysia..asbab masing2 mengidam makanan malaysia,ditambahkan lagi restoran itu membuat promosi diskaun 50% setiap menu,maka jannah dan kawan2 sama-sama bersetuju untuk makan tengahari disana..sangkanya rancangan kami sudah teratur,namun takdir dan masa depan Allah berkehendak lain..pesanan jannah dan kawan2 jannah telah mengambil masa hampir 40 minit untuk dihidang..yang bermakna juga kelas madah kami seterusnya untuk bermula berbaki lagi 15 minit..MasyaaAllah..maka kami pun makan dengan kadar yang paling segera..hahaha..(nasib tak tercekik)..dipendekkan ceritanya walaupun sudah berjalan selaju mungkin namun kami terlewat masuk kuliah selama 10 minit..kami bernasib baik dukturah masih mengizinkan kami memasuk kelas..Alhamdulillah☺️..

Maka dengan ini kami mendapat pengajaran untuk tidak melayan nafsu kami pada waktu yang tidak sesuai..haha..jannah tidak salahkan kedai itu kerana asbab promosi yang dibuat maka pelanggan dan pesanan banyak memenuhi restoran mereka terutamanya pelajar2 malaysia..buat yang merindui atau mengidam makanan2 Malaysia di Amman..jannah sangat rekomend untuk singgah di sana..terubat juga rindu untuk merasai makanan2 Malaysia..(wak raso2 makna kata)…

Khulasahnya,kelas hari ini telah tamat pada pukul 5:30 petang..Alhamdulillah,banyak yang perlu diulangkaji dan dipelajari lagi..didoakan semoga si hurul jannah menjadi pelajar yang rajin dan mumtazah sentiasa…InsyaaAllah..Maassalamah..

Nasi Goreng Paprik Ayam feat TeaBeng 

30.10.2023
Pemandangan sewaktu pulang dari jamiah


MasyaaAllah cantik langitnya..


LoveFromAmman..SavePaleatine❤️

Sabtu, 28 Oktober 2023

SUKAN FEISTA

     Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..

Bermula daripada minggu lepas,Persatuan pelajar Malaysia di Amman telah menganjurkan Hari Sukan Feista..beberapa acara telah pun dilakasanakan mengikut rumah..untuk makluman jannah berada di rumah Merah❤️…maka hari ini giliran jannah untuk menyertai pertandingan bagi sukan bola baling..pengalaman yang takkan jannah lupakan InsyaaAllah..sukan bola baling sangat asing bagi seorang hurul jannah ya..berbandingkan bola jaring yang jannah lebih arif tentangnya..maka ia merupakan satu pengalaman baru bagi jannah untuk main..walaupun tidaklah segigih rakan2 bermain namun kepala jannah berbenjol juga ketika bermain..subhanallah..agak sakit dan berdenyut sampai sekarang ya..menang kalah adat permaian..jannah anggap benjolan itu juga satu eksiden yang tidak disengajakan dan takdir Allah taala..

Walaubagaimanapun..hari ini jannah “enjoyed the game”..sambil2 mengeratkan ukwah dan menyihatkan tubuh badan..Alhamdulillah..Akhawat semua hebat2 bermain..masyaaAllah!


28.10.2023
Akhawat Amman Bola Baling🏐

Inilah Team SpiderWomen🕸️
(Kak Alya,Kak Iffah,Aina,Kak Syaima’,Syafiyya,Lily,Kak Deena,Kak Faeiqah,Kak Nureen,Kak Husna,Fatimah,Jannah)

Me feat Kak Deena

Sambil2 pertandingan dijalankan jannah dapat khabar duka dari malaysia bahawasanya Salah seorang pak saudara jannah dijemput illahi..Innalillah..

Dalam masa yang sama juga jannah dapat tahu melalui media sosial bahawa bekas kawan jannah di sekolah rendah juga dijemput Allah nyawa ayah kandungnya..Allahu..semakin hari kita sering dengar kematian orang2 di sekeliling kita..hati ini terasa sayu..ditambahkan lagi dengan isu peperangan antara palestin dan zionis laknatullah yang semakin memburuk dan berterusan..Allahu bantulah mereka ya Allah..Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalang orang2 beriman..semoga keluarga si al marhum juga dikuatkan imannya dan dilapangakn dada menerima takdir ini..

InsyaaAllah,janganlah kita sesekali berputus asa dalam memberikan dana dan bantuan serta doa buat mereka..Perbaiki dan banyakkan amalan kita..walaupun mereka di sana diuji sebegitu namun syurga telah dijamin buat mereka namun kita disni tidak diuji sebegitu..tetapi adakah pengakhiran kita juga indah?..Allahu..Semoga kita semua dimatikan dalam husnul khatimah..Aamin2 Ya Rabb..

Baiklah setakat ini sahaja coretan jannah untuk hari ini..izin berundur dahulu..Maassalamah..


LoveFromAmman

FromRiverToTheSeaPalestineWillbeFree🇵🇸

Khamis, 26 Oktober 2023

STUDENT JOURNEY PART 2

     Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..sekarang jam disini sudah pun menunjukkan pukul 10:50 malam..InsyaaAllah entri kali ini jannah akan sambung 'little throwback' perjalanan jannah ke bumi anbiya'...


Inilah ganurians girl..bawah YT juga.
Arwa,Izzah,Farah,Jannah,Auni,Iwana
Hebat2 masyaaAllah mereka ini..arwa ke Uni Zarqa manakala 4 lagi JUST..
Merekalah peneman sepanjang jannah dari airport sehingga kami tiba di Jordan..
walaupun pertemuan kami sangatlah singkat namun ukhwah kami begitu erat.Banyak kenagan dan memori manis tercipta..Alhamdulillah..jannah doakan kalian dimudah urusan sentiasa dan berjaya dunia akhirat..
Ada rezeki kita ketemu ya teman2..


20.09.2023
Kami transit di DOHA.

Flight last DOHA-AMMAN..
kebanyakan masa ketika jannah dalam flight akan tidur sahaja..


Alhamdulillah..lebih kurang pukul 6 lebih kami tiba di Queen Alia Airport.
ketika ini berbagai perasaan hadir..gembira bercampur sebak..Gembira kerana jannah berjaya sampai di tempat yang diimpikan..sebak kerana tidak percaya jannah mampu sampai ke tahap ini..banyak rezeki Allah kurniakan..Allahu...

Ahlein Ila Urdun..

21.09.2023
Gambar pertama pemandangan di Jordan.Sementara menunggu kawan2 serumah sampai di amman..kami ditempatkan di rumah transit.Pemandangan dari rumah transit(tumpang rumah kakak senior).Alhamdulillah ala kulli hal..Kakak2 senior banyak membantu dan memudahkan urusan kami.



InsyaaAllah akan bersambung di entri seterusnya..Maassalamah..
Love From Amman..Free Palestine.. 




STUDENT JOURNEY PART 1

      Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum pembaca yang dikasihi..harapnya semua baik2 sahaja..InsyaaAllah entri kali ini jannah akan buat 'little throwback' perjalanan jannah menuju ke bumi anbiya' ini..Alhamdulillah perjalanan kali ini selain daripada rezeki jannah ditaja oleh yayasan terengganu..orang2 sekeliling jannah banyak sangat memudahkan urusan jannah terutamanya keluarga jannah..bermula daripada urusan2 dokumen dan packing2 barang ..mereka lah yang banyak mebantu jannah..tidak lupa juga saudara mara,jiran2..kawan2..guru2..dan semua kenalan jannah yang  banyak memberi kata2 semangat dan duit belanja serta doa2 untuk jannah..Alhamdulillah jannah bersyukur dikelilingi orang2 baik..terharu usah dikata ketika ini..Semoga Allah merahmati kalian semua..jannah tak mampu nak balas jasa semua..tapi kalian sentiasa dalam ingatan dan doa InsyaaAllah..

    Pada 19.09.2023..perjalanan jannah bakal bermula ..akan jannah semat tarikh dan memori ini selama lamanya..jannah akan berusaha bersungguh sungguh  dan buat yang terbaik serta akan membanggakan keluarga jannah terutamanya abi jannah..Duhai Abi..kak jannah sudah sampai di tempat abi belajar dahulu..walaupun bukan university yang sama..namun masih di bumi anbiya'..InsyaaAllah kak jannah tidak akan sia2 kan didikan abi selama ini...


19.09.2023
Lapangan Terbang KT
   Ramai yang datang mengiring jannah ketika ini..adik2 jannah, tokma dan tok   abah, tok pok dan tokde(tok saudara jannah),Mak Adah dan familynya,   Muallimah Maziah,Ustazah Mu'minah,Acik farah dan Cik ira (jiran),   Cikdah,Ustazah Tasnim,Fasihah(twin lain mak ayah) dan kawan  baik     jannah, Ainul serta ramai lagi yang jannah tak tertulis termasuk kenalan2 arwah abi jannah..Terharu sangat ketika ini..rasa sangat disayangi..terlalu banyak rezeki Allah bagi..Allah ambil abi tapi Allah hadirkan ramai orang baik   sebagai ganti..baik kan Allah..Alhamdulillah..
  Sesi bergambar,bersalaman dan drama air mata semestinya diiringi   bersama..masih segar dalam ingatan wajah kesayangan2 jannah..semoga kalian   dalam jagaan Allah sentiasa..berat untuk dilepaskan tapi demi cita2 dan amanah..
 jannah berhijrah ke bumi anbiya' InsyaaAllah..

Bagasi2 barang si hurul jannah..walaupun terlebih kilo,namun Allah mudahkan semuanya..

Pemandangan dari dalam kapal terbang..MasyaaAllah indahnya ciptaanmu ya tuhan

Alhamdulillah lazizz..

Feat with YT's Geng of girls..

Ditemani bantal yang dihadiahkan oleh kak aisyah ghani aka ex roomate jannah sewaktu di ppyt dahulu..jazakillah akak..sangat berguna ya bantal ini..hihi...


Alhamdulillah setakat ini sahaja entri untuk kali ini..InsyaaAllah akan bersambung di entri akan datang..sekarang pun sudah lewat malam..Maassalamah..


Love From Amman..Free Palestine..






Selasa, 24 Oktober 2023

KENAPA JORDAN?

    Bismillah walhamdulillah..untuk entri kali ini jannah akan berkongsi kenapa jordan menjadi pilihan jannah unntuk sambung belajar ..kenapa bukan negara lain hatta university2 di malaysia pun tidak kurang hebat dan bagusnya..InsyaaAllah..mungkin sebahagian daripada kenalan jannah sudah sedia maklum akan hal ini..namun jannah akan coret juga disini..

 Sebahagian asbabnya adalah kerana abi jannah sendiri..suatu ketika dahulu abi jannah pernah menyambung pelajaran PHD di jordan di university yarmouk di irbid selama 4 tahun..abi jannah membawa kami sekeluarga menetap disana selama 4 tahun...Alhamdulillah walaupun ketika itu jannah masih kecil..namun banyak sangat kenangan jannah di bumi anbiya ini..maka setelah jannah besar diriku sudah berazam bersungguh sungguh akan menjejakkan lagi ke bumi anbiya ini..Alhamdulillah rezeki tahun ini Allah mudahkan segala urusan jannah menyambung pelajaran ke sini hatta tanpa abi disisi.Abi jannah sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami buat selamanya...Alhamdulillah asbab sokongan ummi,saudara mara,kawan2 dan orang ramai juga jannah dapat bertahan dan berada di sini..untuk entri tentang abi akan jannah updatekan pada masa akan datang..InsyaaAllah...


19.10.2023
dalam perjalanan untuk urusan isbat talib

19.10.2023
MasyaaAllah cantik awannya
pemandangan dalam kawasan jamiah.

Alhamdulillah selesai urusan isbat talib dibantu oleh kakak2 senior.

19.10.2023
menu iftar ..kami berbuka lewat sedikit kerana sebelum itu ada taklimat dengan kakak2 senior di rumah wafa'..Alhamdulillah licin dimakan oeh kami berlima..kelparan sangat..Ketika ini inas tidak berapa sihat maka siham belanja dia waffle stick..suka sangat dia..

21.10.2023
Majlis Maulid dan Sesi Taaruf bersama batch ITQAN 2023
Alhamdulillah ketika ini jannah dan beberapa orang kawan terpilih untuk berqasidah..
Alhamdulillah setiap rumah akhawat mebawa potlak masing2..rumah jannah bawa kek batik..licin alhamdulillah...tapi tiada gambar pula kek batik itu..hihi


Inilah akhawat2 hebat masyaaAllah untuk batch jannah yang menetap di Amman..semoga kami semua dapat mencapai cita2 dan dimudah urusan untuk menuntut ilmu..


Selesai dari majlis maulid singgah kedai ini..kami beli roti disini..sedap masyaaAllah.

23.10.2023
Hari kedua jannah dan kawan2 ke kelas..semalam memang penat sikit sebab 4 madah straight dalam sehari..dari pagi hingga ke petang..apa2 pun Alhamdulillah,walaupun banyak tak faham tapi InsyaaAllah kita usaha dan cuba..doakan kami..

 Alhamdulillah setakat itu sahaja entri kali ini..jam pun sudah menunjukkan 11;50 tengahari..housemate jannah tengah masak2 di dapur ..menu nasi lemak katanya hari ini..hihi..Maassalamah..


LoveFromAmman..
FreePalestine..




Rabu, 18 Oktober 2023

PERJALANANKU BERMULA

    Bismillah Assalamualaikum pembaca yang dikasihi...semoga kalian sentiasa dala rahmat Allah sentiasa InsyaaAllah..untuk makluman semua hari ini merupakan hari pertama jannah memulakan pelajaran di jamiah..Alhamdulillah sebelum ini kami semua telah mengambil imtihan qobul (untuk pelajar2 ajanib) untuk menentukan sama ada kami semua perlu markaz lughah..Buat makluman semua markaz lughah merupakan semacam kelas insiatif untuk pelajar2 ajnabi yakni bukan orang arab untuk belajar bahasa arab merangkumi dari segi pertuturan penulisan dan lain2..

Pada awalnya,jannah pun berniat untuk menyertai markaz lughah sebab jannah nak memantapkan lagi bahasa arab sebelum masuk sem 1..tambahan pula ramai senior2 yang kata kalau lulus imtihan qobul yakni masuk jamiah terus susah sikit...Tapi jannah percaya setiap aturan Allah susun untuk jannah itulah yang terbaik...InsyaaAllah doakan jannah dan kawan2 dapat menyesuaikan diri dalam kelas arab...

Maka secara ringkasnya dalam pengetahuan jannah setakat ini yang akhawat untuk kuliah arab hanya 5 orang yang akan masuk sem 1..tipulah kata kalau diri ini tidak rasa debar..kebiasaannya orang lain akan rasa gembira apabila lulus peperiksaan kan?..tapi tidaklah bagi jannah kali ini..perasaan gembira bercampur baur dengan perasaan berdebar...mungkin jannah risau tak mampu buat yang terbaik rasanya..apa2 pun jannah kena sentiasa husnuzhon..InsyaaAllah usaha dan tawakkal..

Berbalik kisah pagi tadi,jannah dan 2 orang lagi akhawat ke jamiah sama2..sarah dan filzah namanya..manakala dua orang lagi iaitu ulya dan siham tidak ke jamiah lagi hari ini asbab masallah teknikal lagi tentang jadualnya..maka jadilah kami bertiga sahaja ke jamiah tanpa senior2..Alhamdulillah kami pun tiba di tempat pertama kami kuliah untu madah nahu.

Alhamdulillah pensyarah kami cakap dalam bahasa fushah..walaupun tak faham sepenuhnya tapi sekurang kurangnya ada juga yang faham..apa yang jannah boleh ceritakan suasan dalam kelas orang arab,masing2 berlumba lumba untuk menjawab soaalan apabila ditanya pensyarah..kebanyakan daripada mereka seolah sudah membuat kajian terlebih dahulu sebelum masuk kelas..Alhamdulillah kagum sangat diri ini..kami akhawat dan syabab pun mampu tersenyum dan angguk2kan kepala sahaja..alamaklumlah kali pertama kan..

Selesai sahaja kelas pertama kami pun keluar kelas dan kelihatan Kak Syafina dan kawannya iaitu senior kami menunggu di luar kelas..kami pun diberi keterengan tentang waktu ,tempat dan jadual kelas kami..kami dimaklumkan kak syafina berdasarkan jadual kelas kami hanya satu kelas sahaja untu hari ini yakni satu madah sahaja..memandangkan begitu,kami pun diiringi olehnya untuk tengok2 tempat kuliah bagi madah lain..

Dipendekkan cerita apabila kami tiba di tempat kuliah bagi madah seterusnya..kami diberitahu oleh salah seorang pelajar arab bahawa kelas madah tersebut ada juga hari ini..kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi dewan kuliah..maka kami bertiga pun bersetuju untuk tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas tersebut..atas saranan kak senior juga kami memenuhi ruangan kosong di bahagian tengah dewan..untuk mudah melihat pensyarah mengajar..maka kami pun duduk di tempat yang disediakan..dewan yang kami hadiri kali kedua ini lebih besar sedikit berbanding daripada kelas pertama tadi..

Tidak lama kemudian pensyarah masuk dan mula mengajar..pensyarah kali ini mengajar dalam bahasa ammi..bahasa mudahnya bahasa pasar yakni ada loghat..Subhanallah tak banyak yang kami faham..tambahan pula madah kami ialah madah falsafah..beberapa minit kemudian kelihatan syabab2 melayu baru sahaja tiba..mereka memasuk dewan kuliah sekejap setelah bercakap dengan orab dan kemudiannya keluar..hairan juga jannah ketika itu..kemudian mereka ditegur oleh pensyarah..salah seorang syabab menanyakan akan madah yang diajarkan sekarang..kemudian pensyarah itu menjawab madah geografi..Subhanallah terkesima kami bertiga..gelabah itu usah dikatalah ya kawan2..macam2 bermain dalam fikiran kami..kemudian jannah mesej kakak2 senior jannah menanyakan pendapat mereka..kata mereka untuk menunggu sahaja kerana berdasarkan apa yang dikatakan oleh salah seorang pelajar arab tadi madah falsafah akan diajar selepas madah geografi..

Maka setengah jam pun berlalu..jannah hanya mendengar sahaja pensyarah itu menerangkan tentang paksi bumi yang jannah sendiri pun pening..al maklumlah jannah tidak pernah mempelajari subjek geografi..sepanjang pensyarah itu mengajar jannah dan kawan2 tak mampu nak fokus di dalam kelas..sudahlah tidak faham mana loghat itu..madahnya pula sangat asing bagi kami..sejam berlalu dan kami pun sudah pasrah akan kesalahan teknikal ini..sudah terlambat juga untuk keluar dari kelas..kami hanya duduk sahaja menghadap pensyarah itu sehinggalah kelasnya tamat..pengalaman betul ya untuk hari pertama kelas di jamiah..penat campur lapar sangat sepanjang kelas geografi tadi..sesudahnya kelas kami terus singgah kedai makan shawarma ..ya salaam..

Maka begitulah perjalanan kisah hidup hari pertama jannah sebagai seorang mahasiswi pada hari pertama kelas di jamiah..Usai kami mengisi perut kami pun pulang ke rumah masing2..Sampainya jannah di rumah terus jannah berkongsikan cerita ini kepada housemate jannah yang penuh dramanya..

Setakat ini sahaja coretan jannah untuk hari ini..jam pun sudah menunjukkan 10:52 malam..InsyaaAllah ...Maasalamah..

Kuliah Adab
                                                      
 Gambar di pintu jamiah
                                               
                                       
 
 Sedikit pemandangan kelas di dewan kuliah yang kedua
                                                    

   Upah kelaparan di dalam kelas..

                                                 


SalamDariAmman...

#FreePlestine



Selasa, 17 Oktober 2023

SALAM PERKENALAN

                   Bismillah...Assalamualaikum buat para pembaca yang dikasihi..untuk entri yang pertama ini..igin jannah lampirkan sedikit biodata tentang diri ini buat para pembaca..

 Nama;Hurul Jannah Binti Muhamad Zaid.

Asal;Pahang (bermustautin di Terengganu).

Tarikh Lahir;27 Februari ****.

Pendidikan;Taski Abim-Pasti-Madrasah Trabiyyatul Islamiyyah.
                  -Sekolah Rendah Islam Al Amin KT.                              
                  -Madrasatul Quran Lil Banat Dusun Pinang,Manir(Quran).
                  -Madarasah Ahsanul Ulum,Losong (Kitab).                           
                  -Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu,Besut (SPM).
                  -University Of Jordan,Amman.(In Process Ijazah).

 


Untuk pengetahuan semua,penulisan blog ini jannah dapat inspirasi daripada ummi jannah sendiri yang merupakan seorang blogger yang aktif satu ketika dahulu dan masih lagi menulis blog sehingga sekarang namun tidaklah seaktif seperti dahulu lagi asbab kekangan masa..InsyaaAllah mungkinlah penulisan jannah tidaklah sehebat ummi jannah..tapi jannah akan cuba buat yang terbaik..semoga dengan penulisan dan perkongsian jannah di sini sedikit sebanyak dapat memeberi inspirasi kepada semua sekaligus menjadi kenangan yang akan dikenang oleh diri sendiri pada masa akan datang..InsyaaAllah..

Buat permulaan ini sudi jannah memberitahu para pembaca bahawa sekarang jannah sedang  berada di bumi para anbiya'..Alhamdulillah sudah hampir sebulan jannah menetap di sini..bermacam macam kisah dan perkara terjadi..Tapi Alhamdulillah aturan dan jalan cerita yang Allah susun sangat cantik..InsyaaAllah jannah akan kongsikan pada entri2 yang lain..semoga jannah ada kekuatan dan istiqamah untuk terus meng'update'..Maassalamah..



LoveFromAmman..
        


I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...