Jordan

Rabu, 10 Januari 2024

END OF 2023!


Bismillah walhamdulillah ..Assalamualaikum sahabat2 semua..jannah is back..mood menulis swing sejak2 ni...Harap semua sihat2 wal afiat..InsyaaAllah...sekarang pun dah masuk tahun baharu...macam2 berlaku yaa..sekejap sahaja masa berlalu..umur pun semakin menua..masayaaAllah..

InsyaaAllah entri kali ni jannah akan throwback sedikit ending 2023 jannah sepanjang duduk disini..jannah kalau boleh nak istiqamah setiap hari atau seinggu sekali upload namun apalah daya ini..nak mengupdate pun harus tengok masa dan mood juga ya..hihi..apa2 pun jannah akan ringkaskan ending 2023 jannah melalui gambar..itulah salah satu sebab jannah suka ambil gambar supaya memori2 jannah dapat simpan dan akan kenangkan sepanjang masa..

Sebelum tulah kan jannah nak selit sedikit minggu depan jannah akan start imtihan final sem..pejam celik sudah nak habis satu sem jannah disini..sepatutnya jannah nak study sekarang..tetapi mood menulis tetiba datang..hihi..random sangat..takpe2..malamni InsyaaAllah jannah study..ehhek..


11.12.2023
Pada hari ini..kecoh satu dunia..tak pastilah malaysia pun kecoh atau tidak...tapi di jordan kecoh berlakunya mogok besar besaran dari segi dilarang melakukan aktiviti harian seperti biasa deperti pergi sekolah taska uni,bekerja menjual, mebeli belah dan lain2..kami as pelajar malaysian yang baru ragu2 juga pada mulanya nak datang atau tidak walhal ramai orang arab dah berpakat pun takkan datang dalam group kelas setiap madah..tapi kami yang malizi datang juga ke kelas pada hari itu..terkejut juga tengok kawasan sekeliling ketika menuju ke jamiah..memang agak sunyi dan majoriti kedai tutup..
sampai sahaja kelas memang kami malizi dan dua orang chineese sahaj yang muncul dalam kelas..hatta dokturah pun tak muncul..alahai..lucu juga rasa..
kemudian kami decide nak tunggu juga untuk kelas kedua..kami breakfast dalam jamiah(mujur kedai buka)..kemudian masuk kelas yang kedua..dan yaa sama juga cuma kali ni ramai sedikit orang arab menunggu dokter..setengah jam menunggu dan kami pun pasrah..
sarah ajak pulang ke rumah sebab katanya kalau nak tunggu juga untuk kelas ketiga lama juga..huhu..
maka pulanglah kami ke rumah..hihi..seronok rasa dapat balik awaii.. 

11.12.2023
Al kisah sampai je rumah mesej siham maklumkan dekat dia kami dah pulang..dia tanyakn kami tak masuk ke kelas bagi madah manhaj..haha..pendek cerita..setelah dinasihati plus diugut oleh siham,maka jannah dan filzah pun ke jamiah semula..haha..dann ya boleh kira dengan jari bilangan pelajaryang ada..tapi syabab pun datang..tunggu sekejap..dokturah masuk sekejap nak maklum sahaj takde kelas harini..alahai..hahaha..jannah terus pandang siham time tu...hahaha..mujur sayang..kah2..
kemudian kami pun pulang sama2 ke rumah..


12.12.2023
Berbelanja barang2 rumah bersama Siham..


12.12.2023
Siham bagi saya biskut ni..
waktu ni tengah dengar taklimat untuk tasjil madah untuk sem 2..rasa macam sekejap sangat masa..tahu2 kena daftar dah subjek2 untuk sem depan..jiwa ni merintih nak menangis sebab rasa sem 1 tak buat dan tak faham dengan baik pun..huhu..


13.12.2023
Waktu ni tengah bincang dengan sarah tentang madah2 yang nak diambil sekali..
pastu si oyen datang duduk atas riba..mugkin dia sejuk...siann dia..


14.12.2023
Setelah berbagai liku..Walhamdulillah dapat tasjil madah sama dengan sarah dan filzah..


14.12.2023
Selesai urusan tasjil madah kami ke balad..hehehe..malam2 pulak tuh..
berani sungguh kami ni..demiii...


Demi corndog..Hahaha..punyalah craving masing2 makanan Malaysia..
tak sia2 lah jauh2 datang..sedap walhamdulillah..


Quality time with Them..nanti dah grad mesti rindu semua ni..
eh awal betul sedih ni..hehehe
p/s;muka kekenyangan.


14.12.2023
Captured by Wiaam.
macam2 kisah terjadi malam itu..semua akan menjadi kenangan indah satu hari nanti.


15.12.2023
Ummi send dekat jannah gambar ni..YaAllah rindunya daku pada familyku ini..
semoga dalam jagaan Allah sentiasa..


15.12.2023
Taklimat tentang Persatuan dan pangkat serta jawatankuasa yang ada.
Taklimat tentang pilihan pimpinan MPMMJ&PPMA.


16.12.2023
Sambil talaqqi di masjid..ada orang sediakan syai na'na' dan biskut..sedap masyaaAllah..


18.122023
Makan waktu rehat..jannah pun tak ingat apa namanya..tapi sedap plus murah..
boleh dapatkan di kanten UJ..hehe..kenyang pun kenyang..


19.12.2023
Jannah dan kawan2 ditugaskan dalam kumpulan untuk buat mubadarah bagi subejl akhlak..
mubadarah ni macam ganti kepada markah midsem..jadi setiap kumpulan boleh meilih apa2 sahaja aktiviti kemasyarakatn dan kena buat video dan submitted..camtula lebih kurang..
maka kumpulan jannah memilih untuk menzirahi dan menggembirakan anak2 yatim..
Perjalanan jannah ke sana pun berbagai bagai halangan dan cerita ..dramatik sangat...huhu
bermula dengan tak boleh order taxi kat apps, terlewat, masuk kereta strangers, naik taxi tepi jalan dan pakcik tak pandai tengok waze (menjadi pemandu arah walhal diri sendiri pun tak arif pun kawasan tu)..
walhamdulillah jannah berjaya sampai ke destinas walaupun lewat sedikit daripada yang lain..pengalaman betul ya naik teksi sorang2 ke tempat jauh..rasa independent sangat..haha..


19.12.2023
Gambar diambil oleh kawan arab..
Takpelah zoom in sikit gambarnya janji gaya tu ada..haha
jannah sedang khusyuk melukis bendera palestine di wajah kanak2 ini..ceria je semua..
gembira sangat hati ni dapat lihat senyuman2 di wajah anak2 ini..
Program kami berjalan dengan lancar dan berakhir dengan sesi berbagi hadiah dan bergambar..
walhamdulillah jannah dan kawan2 pun pulang bersama sama..


21.12.2023
Sambutan kecil kecilan buat Kawanku Mukhlisa..
sambut awal sehari..hihi..walau last minit dan mukhlisa kena tipu sikit..tapi dia pun terkejut..haha..


Inilah birthdaygurlnya..


Sambut dengan Ex hosmet transit..
tak sangka kan ukhwah kami tak berhenti disitu..hihi..
semoga berkekalan hingga syurgaNya..


23.12.2023
 Buat pertama kali  pasang sobah(pemanas)..masyaaAllah sedap sangat rasa badan ni..


24.12.2023
Tepat2 pukul 12 kami nyanyi lagu birthday untuk siham..
semua berjaga malamnya sebab nak prank dia pada malam itu..hihi


Maafkan kami siham dah takutkan awak..hahaha..


Menu pukul 1 pagi...

Apa2pun kami sayang Siham..si penceria rumah BaytHaura..kalau sehari tak mengusik kami tak sah..


Kerandoman si Nad..panaskan selipar depan sobah..kalau boleh semua benda dia nak panaskan..haha


Disebalik tenaga2 yang menjayakan party untuk Siham..gigih datang rumah kami tengah2 malam..
Syukron semua memeriahkan majlis kecil kecilan ini..
(Izzah,Ulya,Inas,Siham,Wiaam,Nad,Azwa,Jannah&Syu)


25.12.2023
Mendegar taklimat Kakak2 berkempen untuk jawatan2 MPMMJ.


27.12.2023
Last kelas pada tahun 2023!


29.12.2023
Al kisah Siham mengidam makanan di restoran Indo..menu geprek..
Setelah berbagai cerita..dapatlah juga merasa makanan walaupun menunggu sejam lebih..huhu..
tapi sedap alhamdulillah..cuma order sampai lambat asbab terlalu ramai pelanggan..sampai maghrib kami disitu..hinggkan siham kelas online sambil makan..hahaha(kelas bahasa ammi)..


Usai makan..terus berlari ke masjid untuk solat magrhrib..hehe..
apa2 pun kami enjoy sahaja waktu kami bersama..Alhamduillah ala kulli hal..
p/s:makan aiskrim musim2 sejuk sedap juga ya..kih3..


30.12.2023
Usrah 'Abqarians di Tabarbour...


Sambil2 tu meraikan belated birthday ahli2 Usrah..
keknya sedap sangat..lazizzz jiddan


Ini baru sebahagian sahaja gambar makanan yang diambil..memang makan besar ya masing2..
usrah versi isi makan rohani dan jasmani..


Jannah akhiri tahun 2023 bersama orang2 hebat lagikan baik MasyaaAllah..
rezeki dikelilingi orang hebat dan sudi menasihati diri ini yang kadang lagho ke arah kebaikan..
Masing2 ahli usrah ada azam yang ditargetkan..InsyaaAllah..moga tercapai azam dan target masing2..

"Alhamdulillah atas segala nikmat Allah
Kisah 2023 bakal melabuhkan tirai
Tahun 2024 bakal ditempuhi
INsyaaAllah semoga kita semua dapat menjadi versi yang
lebih baik daripada sebelumnya..
Kheir InsyaaAllah"


Waakhiran selesai juga throwbacknya..plot twist sekarang dah pun menunjukkan pukul 1;24 pagi..usai jannah upload gambar tenghari tadi jannah ada urusan pula di luar maka bersambunglah pukul 12 tadi..hihi..InsyaaAllah akan bersambung entri akan datang pula..Maassalamah..

LoveFromAmman
RinduMalaysia
FreePalestine











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...