Jordan

Khamis, 28 Disember 2023

JAULAH KE MU'TAH


Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..entri kali ini jannah akan kongsikan gambar2 ketika jannah ke jaulah ke Mu'tah hari itu..MasyaaAllah pengalaman yang takkan dilupakan yaa..
Jika direzekikan lagi,jannah teringin lagi nak ke sana..

8.12.2023
Seawal 3;45 pagi kalau jannah tak silap kami bangun kerana koster akan bertolak pada pukul 4;30 pagi..Tambahan pula rumah kami memakan masa lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki untuk ke imarah wafa(tempat berkumpul)...cergas muka masing2 paginya..eksaited punya pasal kan..kami bawa bekal juga..hihi..malam sebelumnya kami dah buat bancuhan pancake..maka paginya wiaam tolong masakkan..mini pancake..
tak sempat pun dijamu dalam koster..hahaha..penat menunggu koster dan rakan2..kami jamah terlebih dahulu..hihi..cuaca paginya sejukk sangat..

Kami berhenti di masjid dan solat subuh berjemaah..
view diambil sebelum naik koster usai solat subuh..MasyaaAllah!

Muajjanat sebagai sarapan pagi..

SunRise!
Gambar diambil sebelum jannah lena dibuai mimpi..Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam kalau jannah tak silap..

Destinasi pertama kami..Tempat Perang Mu'tah..subhanallah!

-SEJARAH PERANG MU'TAH-
*Berlaku pada 629 Masihi tahun ke 8 Hijrah
*Peperangan yang melibatkkan 30000 tentera islam yang telah berjaya mengatasi tentera Rom yang seramai 200,000 orang
*Baginda telah melantik tiga panglima besar iaitu:
1.Saidina Zaid bin Harithah
 2.Saidina Ja'far bin Thalib   
        3.Saidina Abdullah bin Rawahah
*Ketiga-tiga panglima ini telah gugur syahid dan peperangan diteruskan dengan dipimpin oleh Saidina Khalid bin Al Walid sehingga Islam telah memperoleh kemenangan 
*Seramai 12 orang islam telah gugur syahid dalam perang ini

Peserta akhawat Jaulah PPMA 2023

Ootd semestinya..


Destinasi seterusnya iaitu makam2 para sahabat atau panglima besar dalam perang Mu'tah.

Makam Saidina Zaid Bin Harithah;
*Merupakan anak angkat Nabi Muhammad S.A.W.
*Lahir pada 47 tahun sebelum hijrah.
*Wafat ketika umur 55 tahun pada 8 hijrah.

 Makam Saidina Ja'far bin Abi Thalib;
*Merupakan sepupu baginda Nabi S.A.W.
*Digelar "Ja;far Al-Tayar" dan "Ja'far Zul-Janahaian"
*Mendapat gelaran tersebut kerana masyhur dalam kisah perang Mu'tah dimana kedua dua tangan beliau terputus.Namun beliau tetap terus berusaha mengibarkan bendera Islam menggunaan kedua dua lengannya sehinggalah mati syahid.Allahuakbar!

Makam Saidina Abdullah bin Rawahah;
*Merupakam seorang penyair yang sangat hebat sebelum beliau dilantik menjadi salah seorang panglima perang.
*Dalam perang Mu'tah,beliau dilantik menjadi ketua tentera Islam yang ke3 setelah syahidnyaSaidina Ja'far bin Abi Thalib.
*Selepas pertarungan yang sengit dalam medan perang beliau telah gugur syahid dan peperangan diteruskan dengan diketuai oleh Saidina Khalid bin AlWalid

Alhamdulillah!

BaytHaura




Kak jannah boleh ke tolong amik gammbar kitorang?..
hehehe boleh ajaaa..

Selesai makan tengahari..menu pedas ya amat..tapi sedap Alhamdulillah!

Karak Castle.



                                            
Terpegun tengok..




Cantiknye semua..


Makam Nabi Nuh A.S.




                               
Peserta Jaulah 2023

Laut Mati
Credit to Inas.Fon jannah dah habis bateri time ni..hihi..
                                          
                                                 

Khulasahnya..Walhamdulillah trip jaulah sangat best dan bermanfaat..ziarah makam2 sahabat semerbak wangi baunya..masyaaAllah!..InsyaaAllah ada rezeki lagi boleh melawat lagi dan jalan2 di sini..
Seatakat ini sahaja entri kali ini..Maassalamah!..

LoveFromAmman
RinduMalaysia
FreePalstine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...