Jordan

Rabu, 7 Februari 2024

KONVESNYEN HEWI

Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum wbt..Sekarang jam sudahpun menunjukkan pukul 12;38 am..nampkanya azam jannah nak megupdate semua kisah sebelum masuk bulan baru tak menjadi lah ya...hihihi..busy sangat katanya,,,busy apalah agaknya ya tu..kih2..baiklah jannah akan slowly throwback kisah ketika jannah dan kawan2 join program Konvensyen HEWI haritu..masyaaAllah program yang sangat memberi inspirasi dan manfaat kepada kami as wanita ini..

6.1.2024
Seawal 6 pagi lebih kalau jannah tak silap kami harus kumpul di imarah wafa menunggu koster..
kemudian sama2 naik koster berbekalkan nasi dan lauk tomyam lebihan semalam punya..haha..

Alhamdulillah slot pertama kami disampaikan oleh panel yang diterbangkan dari Malaysia ..MasyaaAllah Tabarakallah..Al fadhilah Ustazah Muzayyanah..sejuk sahaja mata ini memandang..setiap tutur bicaranya amtlah bberhikmah dan bermanfaat..

Antara pesanan2 ustazah yang sempat dicatat;
*Walau usia yang Muda,tapi kita kena tuakan Amalan kita.
*Bunuhlah masa lapang kita dengan pisau Kesibukan.
*Quran itu harus dibaca dan dikaji yakni tadabbur dimana tadabbur dapat meleburkan takabbur.
*Jangan pernah bina tembok kepada wanita yang tiada ijazah atau pembelajaran tinggi.

Slot kedua kami influecer yang agak terkenal dalam kalangan remaja perempuan sekarang..juga diterbangkan dari Malaysia..tidak lain tidak bukan..
Kak Izzati Elya..sungguh diri ini amat kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau menyampaikan ilmu sekagligus memberi semangat kepada kami...banyak sangat nasihat yang diberikan kepada kami..

*Ilmu dan Adab kena seiring.
*Orang yang berilmu kena ada sifat Tawadhuk.
*Jangan pernah perkecilakn apapun kebaikan dan pengorbanan kerana kita tidak tahu nilai pengorbanan itu di sisi Allah Taala.
*Jangan tunggu cukup Ilmu baru nak Berdakwah..tetapi Berdakwahlah sambil mencukupkan Ilmu.
*Takutlah kita kalau kita rasa taknak berdoa.

Slot ketiga Bicara santai..

View di sekitar jamiah Zarqa'

Semoga Bayt Haura Istiqamah menghadiri majlis2 ilmu seperti ini.

Dapat freegift..

Boothnya pun cantik..cute jee..

InsyaaAllah jannah berhentikan entri kali ini disini dulu..Maasalamah..

LoveFromAmman
RinduGanu
FreePalestine


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...