Jordan

Sabtu, 28 Oktober 2023

SUKAN FEISTA

     Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..

Bermula daripada minggu lepas,Persatuan pelajar Malaysia di Amman telah menganjurkan Hari Sukan Feista..beberapa acara telah pun dilakasanakan mengikut rumah..untuk makluman jannah berada di rumah Merah❤️…maka hari ini giliran jannah untuk menyertai pertandingan bagi sukan bola baling..pengalaman yang takkan jannah lupakan InsyaaAllah..sukan bola baling sangat asing bagi seorang hurul jannah ya..berbandingkan bola jaring yang jannah lebih arif tentangnya..maka ia merupakan satu pengalaman baru bagi jannah untuk main..walaupun tidaklah segigih rakan2 bermain namun kepala jannah berbenjol juga ketika bermain..subhanallah..agak sakit dan berdenyut sampai sekarang ya..menang kalah adat permaian..jannah anggap benjolan itu juga satu eksiden yang tidak disengajakan dan takdir Allah taala..

Walaubagaimanapun..hari ini jannah “enjoyed the game”..sambil2 mengeratkan ukwah dan menyihatkan tubuh badan..Alhamdulillah..Akhawat semua hebat2 bermain..masyaaAllah!


28.10.2023
Akhawat Amman Bola Baling🏐

Inilah Team SpiderWomen🕸️
(Kak Alya,Kak Iffah,Aina,Kak Syaima’,Syafiyya,Lily,Kak Deena,Kak Faeiqah,Kak Nureen,Kak Husna,Fatimah,Jannah)

Me feat Kak Deena

Sambil2 pertandingan dijalankan jannah dapat khabar duka dari malaysia bahawasanya Salah seorang pak saudara jannah dijemput illahi..Innalillah..

Dalam masa yang sama juga jannah dapat tahu melalui media sosial bahawa bekas kawan jannah di sekolah rendah juga dijemput Allah nyawa ayah kandungnya..Allahu..semakin hari kita sering dengar kematian orang2 di sekeliling kita..hati ini terasa sayu..ditambahkan lagi dengan isu peperangan antara palestin dan zionis laknatullah yang semakin memburuk dan berterusan..Allahu bantulah mereka ya Allah..Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalang orang2 beriman..semoga keluarga si al marhum juga dikuatkan imannya dan dilapangakn dada menerima takdir ini..

InsyaaAllah,janganlah kita sesekali berputus asa dalam memberikan dana dan bantuan serta doa buat mereka..Perbaiki dan banyakkan amalan kita..walaupun mereka di sana diuji sebegitu namun syurga telah dijamin buat mereka namun kita disni tidak diuji sebegitu..tetapi adakah pengakhiran kita juga indah?..Allahu..Semoga kita semua dimatikan dalam husnul khatimah..Aamin2 Ya Rabb..

Baiklah setakat ini sahaja coretan jannah untuk hari ini..izin berundur dahulu..Maassalamah..


LoveFromAmman

FromRiverToTheSeaPalestineWillbeFree🇵🇸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...