Jordan

Rabu, 18 Oktober 2023

PERJALANANKU BERMULA

    Bismillah Assalamualaikum pembaca yang dikasihi...semoga kalian sentiasa dala rahmat Allah sentiasa InsyaaAllah..untuk makluman semua hari ini merupakan hari pertama jannah memulakan pelajaran di jamiah..Alhamdulillah sebelum ini kami semua telah mengambil imtihan qobul (untuk pelajar2 ajanib) untuk menentukan sama ada kami semua perlu markaz lughah..Buat makluman semua markaz lughah merupakan semacam kelas insiatif untuk pelajar2 ajnabi yakni bukan orang arab untuk belajar bahasa arab merangkumi dari segi pertuturan penulisan dan lain2..

Pada awalnya,jannah pun berniat untuk menyertai markaz lughah sebab jannah nak memantapkan lagi bahasa arab sebelum masuk sem 1..tambahan pula ramai senior2 yang kata kalau lulus imtihan qobul yakni masuk jamiah terus susah sikit...Tapi jannah percaya setiap aturan Allah susun untuk jannah itulah yang terbaik...InsyaaAllah doakan jannah dan kawan2 dapat menyesuaikan diri dalam kelas arab...

Maka secara ringkasnya dalam pengetahuan jannah setakat ini yang akhawat untuk kuliah arab hanya 5 orang yang akan masuk sem 1..tipulah kata kalau diri ini tidak rasa debar..kebiasaannya orang lain akan rasa gembira apabila lulus peperiksaan kan?..tapi tidaklah bagi jannah kali ini..perasaan gembira bercampur baur dengan perasaan berdebar...mungkin jannah risau tak mampu buat yang terbaik rasanya..apa2 pun jannah kena sentiasa husnuzhon..InsyaaAllah usaha dan tawakkal..

Berbalik kisah pagi tadi,jannah dan 2 orang lagi akhawat ke jamiah sama2..sarah dan filzah namanya..manakala dua orang lagi iaitu ulya dan siham tidak ke jamiah lagi hari ini asbab masallah teknikal lagi tentang jadualnya..maka jadilah kami bertiga sahaja ke jamiah tanpa senior2..Alhamdulillah kami pun tiba di tempat pertama kami kuliah untu madah nahu.

Alhamdulillah pensyarah kami cakap dalam bahasa fushah..walaupun tak faham sepenuhnya tapi sekurang kurangnya ada juga yang faham..apa yang jannah boleh ceritakan suasan dalam kelas orang arab,masing2 berlumba lumba untuk menjawab soaalan apabila ditanya pensyarah..kebanyakan daripada mereka seolah sudah membuat kajian terlebih dahulu sebelum masuk kelas..Alhamdulillah kagum sangat diri ini..kami akhawat dan syabab pun mampu tersenyum dan angguk2kan kepala sahaja..alamaklumlah kali pertama kan..

Selesai sahaja kelas pertama kami pun keluar kelas dan kelihatan Kak Syafina dan kawannya iaitu senior kami menunggu di luar kelas..kami pun diberi keterengan tentang waktu ,tempat dan jadual kelas kami..kami dimaklumkan kak syafina berdasarkan jadual kelas kami hanya satu kelas sahaja untu hari ini yakni satu madah sahaja..memandangkan begitu,kami pun diiringi olehnya untuk tengok2 tempat kuliah bagi madah lain..

Dipendekkan cerita apabila kami tiba di tempat kuliah bagi madah seterusnya..kami diberitahu oleh salah seorang pelajar arab bahawa kelas madah tersebut ada juga hari ini..kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi dewan kuliah..maka kami bertiga pun bersetuju untuk tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas tersebut..atas saranan kak senior juga kami memenuhi ruangan kosong di bahagian tengah dewan..untuk mudah melihat pensyarah mengajar..maka kami pun duduk di tempat yang disediakan..dewan yang kami hadiri kali kedua ini lebih besar sedikit berbanding daripada kelas pertama tadi..

Tidak lama kemudian pensyarah masuk dan mula mengajar..pensyarah kali ini mengajar dalam bahasa ammi..bahasa mudahnya bahasa pasar yakni ada loghat..Subhanallah tak banyak yang kami faham..tambahan pula madah kami ialah madah falsafah..beberapa minit kemudian kelihatan syabab2 melayu baru sahaja tiba..mereka memasuk dewan kuliah sekejap setelah bercakap dengan orab dan kemudiannya keluar..hairan juga jannah ketika itu..kemudian mereka ditegur oleh pensyarah..salah seorang syabab menanyakan akan madah yang diajarkan sekarang..kemudian pensyarah itu menjawab madah geografi..Subhanallah terkesima kami bertiga..gelabah itu usah dikatalah ya kawan2..macam2 bermain dalam fikiran kami..kemudian jannah mesej kakak2 senior jannah menanyakan pendapat mereka..kata mereka untuk menunggu sahaja kerana berdasarkan apa yang dikatakan oleh salah seorang pelajar arab tadi madah falsafah akan diajar selepas madah geografi..

Maka setengah jam pun berlalu..jannah hanya mendengar sahaja pensyarah itu menerangkan tentang paksi bumi yang jannah sendiri pun pening..al maklumlah jannah tidak pernah mempelajari subjek geografi..sepanjang pensyarah itu mengajar jannah dan kawan2 tak mampu nak fokus di dalam kelas..sudahlah tidak faham mana loghat itu..madahnya pula sangat asing bagi kami..sejam berlalu dan kami pun sudah pasrah akan kesalahan teknikal ini..sudah terlambat juga untuk keluar dari kelas..kami hanya duduk sahaja menghadap pensyarah itu sehinggalah kelasnya tamat..pengalaman betul ya untuk hari pertama kelas di jamiah..penat campur lapar sangat sepanjang kelas geografi tadi..sesudahnya kelas kami terus singgah kedai makan shawarma ..ya salaam..

Maka begitulah perjalanan kisah hidup hari pertama jannah sebagai seorang mahasiswi pada hari pertama kelas di jamiah..Usai kami mengisi perut kami pun pulang ke rumah masing2..Sampainya jannah di rumah terus jannah berkongsikan cerita ini kepada housemate jannah yang penuh dramanya..

Setakat ini sahaja coretan jannah untuk hari ini..jam pun sudah menunjukkan 10:52 malam..InsyaaAllah ...Maasalamah..

Kuliah Adab
                                                      
 Gambar di pintu jamiah
                                               
                                       
 
 Sedikit pemandangan kelas di dewan kuliah yang kedua
                                                    

   Upah kelaparan di dalam kelas..

                                                 


SalamDariAmman...

#FreePlestine



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...