Seawal 9 pagi lebih jannah bertolak ke jamiah (jalan kaki) bersama Filzah..perjalanan antara rumah kami ke jamiah memakan masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki..maka sampailah kami ke tempat kuliah bagi madah pertama iaitu nahu..kelas nahu kali ini jannah agak tak berapa faham sedikit..mungkin asbab jannah tak buat murajaah terlebih dahulu untuk tajuk yang akan dipelajari..
Bagi kelas nahu,jannah mempunyai seorang rakan kelas arab yang bermama Zeina..Zeina merupakan seorang yang cacat penglihatannya namun hati dan akal sangat celik.MasyaaAllah..sejak daripada waktu pertama kali muhadrah, jannah telah pun tertarik akan perwatakan dan kecerdasannya bagi madah nahu..setiap persoalan dukturah mampu dijawabnya dengan sangat detail dan betul..hatta dukturah sendiri banyak memuji dan kagum akannya..Subhanallah dalam jannah tidak sedar..dikala orang lain diuji dengan ketidaksempurnaan fizikalnya namun mampu untuk capai ke tahap itu dan semangat dalam menimba ilmu...bahkan jannah sendiri yang diberi nikmat Allah taala untuk melihat tidak setekun dan sehebat beliau..”Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
Kemudian kelas diteruskan lagi bagi madah kedua iaitu falsafah..Subhanallah..pengalaman yang takkan dilupakan..duktur(lelaki) jannah banyak bercakap menggunakan loghat ammiyyah(bahasa pasar)..maka terkebil kebil juga lah kami sebagai malizi ini untuk menghadam isi madah tersebut..tetapi jannah mengambil insiatif untuk merakam sahaja dan akan mendengar kembali pada waktu lapang untuk memahaminya..Semoga hurul jannah tidak mudah putus asa InsyaaAllah..cabaran belajar di negara orang salah satunya adalah perbezaan bahasa ..Tetapi jannah menganggap ini merupakan perkara biasa untuk permulaan dan pelajar bahahru..insyaaAllah akan terbiasa suatu masa nanti..
Selesai untuk madah kedua..kami diberikan waktu rehat selama satu jam setengah..setelah solat zohor kami bercadang untuk makan di restoran nur malizi..Restoran ini menyediakan juadah dan menu2 Malaysia..asbab masing2 mengidam makanan malaysia,ditambahkan lagi restoran itu membuat promosi diskaun 50% setiap menu,maka jannah dan kawan2 sama-sama bersetuju untuk makan tengahari disana..sangkanya rancangan kami sudah teratur,namun takdir dan masa depan Allah berkehendak lain..pesanan jannah dan kawan2 jannah telah mengambil masa hampir 40 minit untuk dihidang..yang bermakna juga kelas madah kami seterusnya untuk bermula berbaki lagi 15 minit..MasyaaAllah..maka kami pun makan dengan kadar yang paling segera..hahaha..(nasib tak tercekik)..dipendekkan ceritanya walaupun sudah berjalan selaju mungkin namun kami terlewat masuk kuliah selama 10 minit..kami bernasib baik dukturah masih mengizinkan kami memasuk kelas..Alhamdulillah☺️..
Maka dengan ini kami mendapat pengajaran untuk tidak melayan nafsu kami pada waktu yang tidak sesuai..haha..jannah tidak salahkan kedai itu kerana asbab promosi yang dibuat maka pelanggan dan pesanan banyak memenuhi restoran mereka terutamanya pelajar2 malaysia..buat yang merindui atau mengidam makanan2 Malaysia di Amman..jannah sangat rekomend untuk singgah di sana..terubat juga rindu untuk merasai makanan2 Malaysia..(wak raso2 makna kata)…
Khulasahnya,kelas hari ini telah tamat pada pukul 5:30 petang..Alhamdulillah,banyak yang perlu diulangkaji dan dipelajari lagi..didoakan semoga si hurul jannah menjadi pelajar yang rajin dan mumtazah sentiasa…InsyaaAllah..Maassalamah..
![]() |
| Nasi Goreng Paprik Ayam feat TeaBeng |
![]() |
| 30.10.2023 Pemandangan sewaktu pulang dari jamiah |
![]() |
| MasyaaAllah cantik langitnya.. LoveFromAmman..SavePaleatine❤️ |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan