Jordan

Ahad, 5 November 2023

ILMU

   Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..diharapkan semuanya dalam keadaan baik2 sahaja..

Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu ada suka dukanya..ada jatuh bangunnya..ada susah senangnya..Sepanjang jannah berada di bumi anbiya’ ini jannah telah sedar betapa fakir dan jahilnya kita dalam menunutut ilmu..Semakin kita belajar semakin kita rasa jahil..betapa banyak dan luasnya ilmu Allah..Teringat pula suatu tika dahulu ketika belajar 6 sifat para sahabat..

   6 Sifat Sahabat:

1)Yakin dengan kalimah tayyibah
2)Solat khusyu’ dan khudu’
3)Ilmu dan zikir
4)Ikram Muslimin
5)Ikhlas Niat
6)Dakwah dan tabligh

Ingin jannah kongsikan bahawa ini antara sifat2 yang dimiliki oleh para sahabat RA ..MasyaaAllah kan?..tapi untuk entri ini jannah ingin bercerita tentang sifat yang ketiga iaitu hakikat sahabat mempunyai ilmu dan zikir..kita semua pun sudah dimaklumkan dengan kehebatan dan kesunggugan para sahabat dan ulama terdaulu dalam menuntut ilmu..Anatara kelebihan ilmu ini antara yang jannah ingat..Dikatakan orang yang menuntut ilmu ini apabila keluar daripada rumah menuju ke tempat menuntut ilmu maka malaikat akan menghamparkan sayap untuknya..Dikatakan juga seluruh makhluk dibumi tana laut dan langit mendoakan kerahmatan bagi orang yang menuntut ilmu..Subhanallah..Selain itu, orang yang menunutu ilmu jika meninggal dalam keadaan menuntut ilmu maka akan dikira mati syahid..MasyaaAllah..


 Perumpamaan ilmu kita dengan ilmu Allah Taala ibarat jikalau kita mencelup tangan kita kedalam laut,maka setitus air yang menitis di tangan kita itu adalah umpama ilmu kita manakala laut yang terbentang luas itu adalah Ilmu Allah Taala..AllahuAkbar..
Janganlah pernah rasa sombong atau pernah rasa cukup dengan ilmu yang dimiliki..Nauzubillah..

Jannah doakan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dimudah urusan dalam menuntut ilmu.

  Semalam jannah dan kawan2 menyertai program atau daurah ilmu fiqh ..masyaaAllah banyak ilmu yang jannah peroleh..daripada pagi sehinggalah malam..


3.11.2023
Antara catatan2 dan perkongsian daripada panel2 hebat masyaaAllah..

Makanan juga disediakan..Alhamdulillah licin juga..tetapi sambal jannah dihabiskan oleh izzah dan nadhirah memandangkan jannah tidak makan pedass..hihi

Panel terakhir dan paling dihormati..Dato’ Seri Dr Zulkifki Al Bakry...Barakallahu Fiik Ya Muftina..

Antara pesan beliau didalam ceramah semalam adalah,
seorang penuntut ilmu mestilah mempunyai
-Sabarnya Nabi Ayyub
-Kecerdikan Imam Syafie’
-Hartanya Qarun

4.11.2023
Pagi tadi berkesempatan menyertai kelas talaqqi bersama ustazah Iman(Ummu Sufiyan)..pelajaran hari ini adalah makharijul huruf..Jazakillah khayr ustazah..
MasyaaAllah atas semangat beliau dalam menyampaikan ilmunya tanpa meminta bayaran..terlihat kesunggugan dan keikhlasan ustazah ketika mengajar kami..Semoga ustazah dalam jagaan Allah sentiasa.. 


 Setakat ini sahaja entri kali ini..InsyaaAllah doakan jannah dan kawan2 sentiasa bersungguh dalam mencari ilmu dan keredhaan Allah taala..Aamin2..

sekarang waktu sudahpun menunjukkan pukul 12:09am..jannah minta  undur diri dahulu..Maassalamah..

LoveFromAmman

FreePalestinešŸ¤

RinduMalaysia❤️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...