Jordan

Jumaat, 17 November 2023

GREEN FOR PALESTINE


Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum sahabat2 dan pembaca sekalian..semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah taala..

Semalam telah diajurkan program #WearGreenForPalestine bagi seluruh Malaysia sempena solidariti atau sokongan kita terhadap rakyat palestine..jannah serumah berpakat untuk bertema hijau semua pada hari itu..paginya kami sama2 ke restoran Nur Malizi sebab masing2 mengidam makanan malaysia..maka paginya semua segar megar bersiap siap..hihi..kami jadi morning person semalam..semangat demi makanan..

15.11.2023
Nasi lemak dan Mee Goreng..
sedap MasyaaAllah..tak cukup sepinggan ni..hihi

Alhamdulillah

TeaBeng

Bayt Haura..
bergambar dahulu sebab Nad ada kelas paginya pukul 8:30..
Manakala jannah pula kelas pukul 10..sesudah siap makan terus ke Jamiah..

15.11.2023
Malamnya berlatih main bola jaring..menghitung hari untuk pertandingan..


16.11.2023
Al kisah pagi tadi kami siapkan urusan iqamah atau visa Jordan..kami perlu mengmbil darah dan juga extray badan..walaupun agak lama dan kalut asbab pak arab ..namun Alhamdulillah settle juga..


Selesai solat maghrib kami ke court berlatih lagi untuk sukan bola jaring..court kami dikongsi bersama peserta2 bola baling..Alhamdulillah agak penat juga..Sangkanya jannah tak mampu nak main tadi asbab rasa macam badan agak lenguh2..namun Alhamdulillah boleh mian..
Jannah main bagi posisi center dimana posisi yang paling lincah ya..Penat sangat..sampai semput juga tadii..nasiblah jannah hanya sebagai pemain ganti bagi posisi itu sebab Kak Hidayah ada kelas maka tidak dapat hadir ke latiha..ala kulli hal jannah enjoy the game..

InsyaaAllah setakat ini sahaja entri kali ini..jam juga sudah menunjukkan pukul 12;17 malam..esok pagi jannah ada latihan buat kali terakhir sebelum pertandingan seterusnnya..doakan kami..Maassalamah..


LoveFromAmman
FreePalestin
RinduRumah
 

Rabu, 15 November 2023

INDAHNYA UKHWAH

    Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum para pembaca..entri kali ini jannah akan ceritakan tentang betapa indahnya ikatan ukhwah disini..MasyaaAllah tabarakallah..


11.11.2023
Hadir di bazar Asean Anjuran PPMA di Tabarbour..Jannah,Nad,Siham dan Syu menaiki satu grab dan ke sini..Alhamdulillah meriah sangat..jannah mengambil peluang membeli makanan di sini..jannah beli Air greentea boba dan begedel serta macam2 lagi..ada juga tapau buat housemate di rumah2..hihi..

11.11.2023
Fall in love sangat sunset di Tabarbour ini..ketika ini Jannah,Nad,Ulya dan Kak Huda dalam perjalanan ke rumah Kak Hamizah untu usrah kami yang diadakan buat pertama kali..perjalanan dari tempat bazar tadi ke rumahnya mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki.


MasyaaAllah indah sungguh ciptaanmu ya Rabb..
terasa hilang penat lelah berjalan melihat pemandangan ini..Subhanallah...
Harus datang selalu ni ke sini..hihi..



11.11.2023
Alhamdulillah first usrah berjalan lancar..banyak manfaat ilmu yang jannah dapat..kami diberi pendedahan tentang tujuan usrah dan kelebihannya serta tentang iman..
Syukur dikelilingi circle yang baik2 dan hebat..
Usrah kami diselangi dengan makan2 yang dibawa oleh ahli usrah masing2..MasyaaAllah kami pulang juga dalam keadaan kenyang..tuan rumah (Kak Hamizah) juga menghidangkan bubur jagung kepada kami..sedddaap sangat..Jazakillah khayr tuan rumah sudi layan kami semua..
(Kak Umi Nur Janna,Aeisyah,Nadhirah,Jannah,Kak Huda,Kak Hamizah,Thuwaibah,Ulya)..
The 'Abqarians..
Seronok bersembang sembang bersama mereka..lagi bertambah seronok sebab ramai yang dari Terengganu..hihi..sedap dengar loghat ganu ni..Ganu di hati...


12.11.2023
Peratama kali perjumpaan bersama pelajar2 arab..MasyaaAllah indah kan ukhwah disini..disini orang arab sangat memuliakan kami..
liqa' kami dimulakan dengan baccan AlQuran oleh jannah sendiri..(jannah diminta tolong oleh izzah untuk baca)..kemudian Kak Tasneem selaku pelajar arab yang menguruskan program kami mensyarahkan tentang ayat2 al quran yang dibaca..kemudian sesi taaruf dimulakan..jannah sangkakan dari malaysia sahaja..rupanya dari Albania juga ada..MasyaaAllah..walaupun tak semua pelajar malaysia yang bersama namun program pada hari itu amat meriah..


kami juga dihidangkan dengan kek..lazizz sangat..tak cukup satu makan..kih2..


Syai..Air teh dibuat tanpa gula..
gula disediakan didlam bekas lain dan disediakan buat sesiapa iginkan gula mengikut cita rasa..Ala kulli hal semua sedap..ditambahkan lagi susana di bawah pohon2 yang redup..Alhamdulillah..


Kami juag ada main game meneka nama2 bendera..

Baiknya orang arab ni..tak cukup dengan itu kami diberi cenderhati buat kenangan.

Dalam perjalanan pulang singgah ke sini teman si Siham beli air boba..

Khulasahnya itu sahaja entri jannah kali ini..jam disini pun sudah menunjukkan pukul 12.02 malam..esok jannah ada kelas satu madah..
Maassalamah..

 LoveFromAmman
 RinduFamily
 FreePalestine








                                     











Selasa, 14 November 2023

PENUTUP FIESTA


    Bismillah walhamdulillah.Asslamualaikum semua..entri kali ini jannah nak menceritakan tentang program pada hrai jumaat yang lepas...hari yang bagi jannah sangat memenatkan..

Paginya jannah menegmas bilik kemudian memasak untuk housemate memanndangkan hari itu giliran jannah memasak..menu telur resepi campak2..hihi..selepas zohor jannah pergi ke wafa (rumah kak alya) untuk memebantu persiapan maskot bagi rumah sukan merah untuk acara malamnya..agak letih juga berjalan..huhu..

Sebelum itu,malam sebelumnya jannah ada menyertai selection bagi permainan sukan bola jaring untuk SUKMAJ yang akan diadakan di irbid..Alhamdulillah jannah terpilih..walaupun awalnya agak tidak yakin setelah sekian lama tak bersukan ya..seingatnya kali terakhir pertandingan bola jaring di sekolah rendah..ketika di PPYT dahulu pernah juga main sekali bersama teacher nadira..rindu pula rasanya..apa2 pun semoga jannah dan kawan2 yang mewakili Amman dapat membuat yang terbaik..jannah tak sabar sangat untu ke irbid..banyak orang jannah nak ketemu..hihi..

Walau Penat dan lenguh kaki jannah masih terasa namun digagahkan jua kaki...selesai urusan di wafa',jannah pulang ke rumah..kemudian jannah dan semua housemate ke masjid untuk menumpang mandi..dan ya..berjalan kaki lagi..haha..kenapa mandi di masjid?..ringkas ceritanya..air yang diperuntukkan rumah kami hampir habis..maka sebagai langkah berjaga2 dan penjimatan air,kami bersepakat untuk mandi dan basuh baju di masjid..Mujahadah seorang pelajar..pengalaman betul ya..ketika pergi tak terasa sangat penatnya walaupun jalan ke masjid macam mendaki bukit..tetapi ketika pulang ke rumah lenguh dan penatnya hanya Allah sahaja yang tahu..

10.11.2023
kenapa jannah kata lagi penat?..sebabanya kami bilas baju2 kotor di masjid..maka asbab baju kotor selama seminggu yang telah dibasuh menyebabkan bertambahnya kilo didalam baldi..ketika ini jannah rasa macam nak terpatah jua lah pinggang..hihi..Alhamdulillah walau banyak kali berhenti di perjalanan sampai jua dirumah dan masing2 kemudiannay menjemur baju..Pengalaman betul ya...

                                            

10.11.2023
Selesai solat maghrib terus berjalan ke wafa lagi untuk menaiki koster untuk ke tempat majlis penutup FIESTA..gambar diambil sambil menunggu sebelum menaiki koster..
Masing2 pakai outfit mengikut tema rumah masing2..Cantik2 housemate jannah ni..hihi..


10.11.2023
Alhamdulillah tiba di tempatnya..namun kami kena sidai juga selama lebih kurang setengah jam..namun begitu kami mengambil kesempatan untuk bergambar..
perempuan dan kamera berpisah tiada..eh takdelah..untu kenangan juga kan...hehe
(Lily,Syafiyya,Thuwaibah,Jannah,Kak Deena)


The Spiderman's People..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami pun sangat seronok..
rumah merah dapat tempat ke 4 bagi keseluruhan..

1-Biru
2-Hitam
3-Putih
4-Merah
5-Kuning
6-Hijau

Semua rumah sukan hebat2 MasyaaAllah..semoga ukhwah pelajar2 Amman terus erat sampai bila2..

   Selesai sahaja majlis dan sesi bergambar kami pulang dan dibekalkan makanan..ketika ini memang lapar sangat..mungkin sebab banyak bersorak dan ketawa sebelum tu..hihi..sampai sahaja di rumah terus makan nasi..huhu..walau lauknya sangat pedas..kepedasannya masyaaAllah sangat..fuhhh..ala kulli hal..pedas2 pun licin jua nasinya..sebab sambalnya jannah bagi izzah makan..malamnya tidur lena sangat..alhamdulillah..

InsyaaAllah setakat ini dahulu entri kali ini..Maassalamah..

LoveFromAmman..
FREEGAZA..

KEHIDUPAN PELAJAR

      Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..rasanya sudah lama tak mengupdate kan?..jannah agak sibuk sedikit minggu ini...sibuk apa tu ya agaknya..hihi..


6.11.2023
Pemandangan waktu rehat ..sambil makan sandwich bersama sarah dan filzah.

6.11.2023
Dalam perjalanan pulang ke rumah..hari itu merupakan hari yang agak memenatkan bagi jannah..Biasalah kan hari isnin jadual jannah full..dari pagi sampai ke petang kelasnya..walaupun kebanyakan kelas tak faham..tapi itulah lumrah kehidupan pelajar di sini bagi permulaan..InsyaaAllah tiada yang mustahil kan..

7.11.2023
Buat koktail bersama siham..walaupun bahan2 tak sama..tapi Alhamdulillah licin satu periuk ya..kih2..lucu juga teringatkan agar2 yang dibuat siham tak menjadi..Tapi sedaapp..laziz jiddann..n
lain kali kita buat lagi ya siham...


8.11.2023
Habis kelas..jannah dan kawan2 singgah di bazar dalam university..macam2 dijual..buku,alatan2 tulis..manisan2 dan macam2..jannah beli highlihter dan penanda buku..rambang mata juga tengok alat2 tulis ni..jannah seorang yang suka mengumpul alatan2 tulis..hihi..Filzah membeli gelang yang berukiran namanya..cantik juga..nyaris2 juga jannah nak beli..tapi mengingatkan jannah bukanlah seorang yang selalu pakai gelang tali jadi dibatalakn sahaja niatnya...

8.11.20223
Selesai ke bazar..kami singgah di kedai bamboo boba.Akhirnya jumpa juga kedai yang menjual salah satu minuman kegemaran jannah..sangkanya tiada disini.Akibat terliur tengok story kawan jannah maka terbeli jugalah ya..satu cup dalam 3JD..kalau ditukar lebih kurang 18-20 ringgit malaysia..agak mahal lah ya..Alhamdulillah bolehlakan buat reward diri sendiri sesekali..

8.11.2023
Petangnya jannah siham dan nad pergi menadah air di masjid..almaklumlah rumah kami ada masalah air sedikit..perjalanan ke masjid lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki..kami mengisi botol2 air mineral untuk  digunakan ketika ketiadaan air..Mujahadah duduk disini..tidak boleh sentiasa mengeluh..situasi kami ini apalah sangat nak dibandingkan dengan saudara2 kita di gaza..Allahu..Hasbunallah wanikmal wakil..

  

          InsyaaAllah setakat ini sahaja coretan untuk entri ini..Maassalamah..

LoveFromAmman

FreePalestine

Ahad, 5 November 2023

BELANJA


    Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua pembaca..diharapkan kalian berada dalam rahmat Allah Taala sentiasa..

 Alhamdulillah hari ini setelah zohor jannah dan dua orang lagi housemate jannah sama2 keluar membeli barang lagi..haha..kali ini membeli beras dan juga sayur sayuran..kebiasaannya sebelum ini kami membeli di Carefour..namun setelah tular di media sosial bahawa carefour salah satu produk Israhell maka kami bersepakat untuk memboikot dan mencari alternatif dan tempat lain untuk membeli bahan2 memasak..Alhamdulillah Allah mudahkn urusan kami..kami menjumpai banyak kedai yang menjual barang2 murah2 dan sangat berhampiran dengan kawasan rumah kami…Rezeki kan?..

Sayur sayuran dan buah buahan segar2

Sky Lover..MasyaaAllah

Sebagai penyejuk tekak..Ini hasutan siham..eh haha gurau sahaja..Aiskrim ini sedap dan harganya pun sedap yaa..hihi..

Sebulan bolehla singgah 2@3 kali sahaja disini..Kawasan sini banyak e kedai2..cuma perlu  pandai dan bijak survey2 harga sahaja..

 Pagi tadi, jannah telah menerima video daripada kak aisyah menunjukkan suasana konvo Cikgu Adilah..Mabruk Alaiki Cikgu Math saya..banyak inspirasi dan aura positif yang cikgu telah terapkan dalam diri kami anak2 murid..jannah sebagai murid cikgu turut bebrbangga dengan pencapaian cikgu dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat cikgu jannah..Semoga kami semua juga dapat mengikuti jejak langkah cikgu dan mempunyai semangat dan ketekunan cikgu dalam menuntut ilmu..InsyaaAllah..

 Sekarang pun jam sudah menunjukkan pukul 11:57pm..Esok jannah ada kelas straight sampai petang..InsyaaAllah jannah minta undur diri dahulu..sebenarnya nak catat panjang lagi namun jannah tanggugkan lain kali sahaja..Doakan jannah semua..Maassalamah..


LoveFromAmman

FreePalestine

RinduMalaysia


ILMU

   Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..diharapkan semuanya dalam keadaan baik2 sahaja..

Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu ada suka dukanya..ada jatuh bangunnya..ada susah senangnya..Sepanjang jannah berada di bumi anbiya’ ini jannah telah sedar betapa fakir dan jahilnya kita dalam menunutut ilmu..Semakin kita belajar semakin kita rasa jahil..betapa banyak dan luasnya ilmu Allah..Teringat pula suatu tika dahulu ketika belajar 6 sifat para sahabat..

   6 Sifat Sahabat:

1)Yakin dengan kalimah tayyibah
2)Solat khusyu’ dan khudu’
3)Ilmu dan zikir
4)Ikram Muslimin
5)Ikhlas Niat
6)Dakwah dan tabligh

Ingin jannah kongsikan bahawa ini antara sifat2 yang dimiliki oleh para sahabat RA ..MasyaaAllah kan?..tapi untuk entri ini jannah ingin bercerita tentang sifat yang ketiga iaitu hakikat sahabat mempunyai ilmu dan zikir..kita semua pun sudah dimaklumkan dengan kehebatan dan kesunggugan para sahabat dan ulama terdaulu dalam menuntut ilmu..Anatara kelebihan ilmu ini antara yang jannah ingat..Dikatakan orang yang menuntut ilmu ini apabila keluar daripada rumah menuju ke tempat menuntut ilmu maka malaikat akan menghamparkan sayap untuknya..Dikatakan juga seluruh makhluk dibumi tana laut dan langit mendoakan kerahmatan bagi orang yang menuntut ilmu..Subhanallah..Selain itu, orang yang menunutu ilmu jika meninggal dalam keadaan menuntut ilmu maka akan dikira mati syahid..MasyaaAllah..


 Perumpamaan ilmu kita dengan ilmu Allah Taala ibarat jikalau kita mencelup tangan kita kedalam laut,maka setitus air yang menitis di tangan kita itu adalah umpama ilmu kita manakala laut yang terbentang luas itu adalah Ilmu Allah Taala..AllahuAkbar..
Janganlah pernah rasa sombong atau pernah rasa cukup dengan ilmu yang dimiliki..Nauzubillah..

Jannah doakan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dimudah urusan dalam menuntut ilmu.

  Semalam jannah dan kawan2 menyertai program atau daurah ilmu fiqh ..masyaaAllah banyak ilmu yang jannah peroleh..daripada pagi sehinggalah malam..


3.11.2023
Antara catatan2 dan perkongsian daripada panel2 hebat masyaaAllah..

Makanan juga disediakan..Alhamdulillah licin juga..tetapi sambal jannah dihabiskan oleh izzah dan nadhirah memandangkan jannah tidak makan pedass..hihi

Panel terakhir dan paling dihormati..Dato’ Seri Dr Zulkifki Al Bakry...Barakallahu Fiik Ya Muftina..

Antara pesan beliau didalam ceramah semalam adalah,
seorang penuntut ilmu mestilah mempunyai
-Sabarnya Nabi Ayyub
-Kecerdikan Imam Syafie’
-Hartanya Qarun

4.11.2023
Pagi tadi berkesempatan menyertai kelas talaqqi bersama ustazah Iman(Ummu Sufiyan)..pelajaran hari ini adalah makharijul huruf..Jazakillah khayr ustazah..
MasyaaAllah atas semangat beliau dalam menyampaikan ilmunya tanpa meminta bayaran..terlihat kesunggugan dan keikhlasan ustazah ketika mengajar kami..Semoga ustazah dalam jagaan Allah sentiasa.. 


 Setakat ini sahaja entri kali ini..InsyaaAllah doakan jannah dan kawan2 sentiasa bersungguh dalam mencari ilmu dan keredhaan Allah taala..Aamin2..

sekarang waktu sudahpun menunjukkan pukul 12:09am..jannah minta  undur diri dahulu..Maassalamah..

LoveFromAmman

FreePalestinešŸ¤

RinduMalaysia❤️

Rabu, 1 November 2023

STUDENT JOURNEY PART 3


   Bismillah walhamdulillah..kali ini jannah kan sambung lagi 'little throwback' supaya jannah tak lupa sepanjang sebulan berlalu jannah disini..hihi..

23.9.2023
First aiskrim di jordan bersama kawan2 housemate transit..

24.09.2023
Jannah mewakili kawan2 housemate untuk akad rumah..
selesai urusan akad jannah dibawa oleh kakak mentor dan syabab melihat rumah kami..
terpegun juga..Alhamdulillah cantik dan luas..3 bilik 3 tandas dan dapur serta 2 ruang tamu.
Rumah kami sudah pun dilengkapi dengan perabot dan peralatan asas2..Alhamdulillah rezeki..

24.09.2023
Al Jubeihah,Amman.

24.09.2023
Selesai sahaja urusan akad jannah dan beberapa orang pelajar terengganu dijemput oleh Ustaz Moktar dan isterinya yang merupakan pengiring pelajar2 terengganu ke Jordan untuk makan..Jazakallah ustaz belanja kami..
(U.Moktar,Syafiyya,Nabila,Fatimah,Jannah,AcikTie,Lily,Mukhlisa,Kak Hamizah,Kak Syaima’)

25.09.2023
Ganurians feat Perlis

25.09.2023
Rezeki dapat belajar ilmu tajwid bersama Ustazah Iman secara percuma..MasyaaAllah kagum dengan sikap orang arab semangat dalam menuntut ilmu tanpa mengira usia..
semoga kita semua tergolong dalam ahli2 Quran InsyaaAllah...

                                              25.09.2023
                    First Mansaf Di Jordan..Alhamdulillah Sedap..



Alhamdulillah akan bersambung lagi di entri seterusnya InsyaaAllah..

                                      Maassalamah..

LoveFromAmman..SavePalestine..








    




    



WIAAM'S DAY

    Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..entri kali ini jannah akan kongsikan cerita sambutan hari jadi salah seorang housemate jannah iaitu wiaam..wiaam merupakan anak kelahiran kelantan dan sangat disenangi oleh orang sekelilingnya..wiaam sentiasa menceriakan dan menghiburkan hari2 kami penghuni serumah..Alhamdulillah..Alkisahnya kami sudah planning buat kejutan bersempena hari ulangtahun kelahirannya..Alhamdulillah planinng menjadi dan wiaam pun gembira..

31.10.2023
Ketika ini kami bertiga  membeli barang2 dapur..Memandangkan 3 orang lagi kawan jannah menghadiri kelas...

Beli Kunafa dengan siham untuk wiaam

Alhamdulillah setelah hampir 20 minit berjalan kaki..sampai juga destinasi utama kita..
Gambar by Siham..Otw balik rumah sambil bawa kek..time ni dah tercungap2 berjalan ya..haha..demi kawan tesayang..

Terubat lelah berjalan nampak pemanadangan ini..MasyaaAllah cantik kan..

31.10.2023
Simple but Memorable

Kami sayang Wiaam

Alhamdulillah semoga ukhwah kita berkekalan ..InsyaaAllah


Itu sahaja untuk entri kali ini..Maassalamah..
LoveFromAmman..FreePalestine..

I'M BACK!

       Bismillah walhamdulillah..Assalamualaikum semua..masyaaAllah dah lama sangat kan jannah menyepi di blog ni..macam2 perkara juga terja...